Discover millions of ebooks, audiobooks, and so much more with a free trial

Only $11.99/month after trial. Cancel anytime.

Kegelapan Dan Kereputan. Buku 1. Jumpa! O2 = Odette Dan Odile: Atau: Dunia Yang Ada Reptiliod, Tapi Tiada Angsa!
Kegelapan Dan Kereputan. Buku 1. Jumpa! O2 = Odette Dan Odile: Atau: Dunia Yang Ada Reptiliod, Tapi Tiada Angsa!
Kegelapan Dan Kereputan. Buku 1. Jumpa! O2 = Odette Dan Odile: Atau: Dunia Yang Ada Reptiliod, Tapi Tiada Angsa!
Ebook163 pages1 hour

Kegelapan Dan Kereputan. Buku 1. Jumpa! O2 = Odette Dan Odile: Atau: Dunia Yang Ada Reptiliod, Tapi Tiada Angsa!

Rating: 0 out of 5 stars

()

Read preview

About this ebook

Di Bumi, di satu tanah besar Gondwana, tinggal manusia dan reptiloid. Dalam kerajaan Permaisuri Runian, di ibu negeri Runia, tinggal dua gadis: Odile (manusia biasa) dan kawannya, Odette (seekor duyung, makhluk air reptiloid). Kedua mereka sudah berkawan dari kecil, tapi persahabatan itu sedikit pelik. Odette mencintai Siegfried, anak ahli perniagaan. Dan untuk bersamanya, dia impikan menjadi manusia, seperti duyung lagenda Runia, pengasas negara itu, yang juga dinamakan ibu negeri itu, dan kerajaan permaisuri itu. Walaupun semua orang tahu pengubahan Runia menjadi manusia hanya lagenda, dan ianya mustahil duyung boleh jadi manusia... Atau tidak? Odile dapat mimpi pelik tentang masalah dan kerisauan setiap hari. Kadang-kadang satu pintu kayu ros muncul dalam mimpinya... Kemana ia pergi? Kenapa, kemudian Odile terjaga, dan tidak ingat lagi mimpinya selepas dia melalui pintu kayu ros itu. Dan siapa Rima, Dosrima, dan Permaisuri Lebah misteri Miya? Bagaimana mereka berkait dengan masa dahulu Odile dan Odette? Dalam cerita ini, zaman berbeza dan takdir planet-planet saling berkait... Dan perlahan-lahan, kaburan rahsia akan mula terbuka kesemuanya tentang apa yang berlaku di dalam dunia pelik ini, yang ada naga, tapi tiada angsa..
LanguageBahasa melayu
PublisherTektime
Release dateMay 5, 2023
ISBN9788835451655
Kegelapan Dan Kereputan. Buku 1. Jumpa! O2 = Odette Dan Odile: Atau: Dunia Yang Ada Reptiliod, Tapi Tiada Angsa!

Related to Kegelapan Dan Kereputan. Buku 1. Jumpa! O2 = Odette Dan Odile

Related ebooks

Reviews for Kegelapan Dan Kereputan. Buku 1. Jumpa! O2 = Odette Dan Odile

Rating: 0 out of 5 stars
0 ratings

0 ratings0 reviews

What did you think?

Tap to rate

Review must be at least 10 words

    Book preview

    Kegelapan Dan Kereputan. Buku 1. Jumpa! O2 = Odette Dan Odile - Elena Kryuchkova

    Penerangan Pendek:

    Di Bumi, di satu tanah besar Gondwana, tinggal manusia dan reptiloid. Dalam kerajaan Permaisuri Runian, di ibu negeri Runia, tinggal dua gadis: Odile (manusia biasa) dan kawannya, Odette (seekor duyung, makhluk air reptiloid). Kedua mereka sudah berkawan dari kecil, tapi persahabatan itu sedikit pelik.

    Odette mencintai Siegfried, anak ahli perniagaan. Dan untuk bersamanya, dia impikan menjadi manusia, seperti duyung lagenda Runia, pengasas negara itu, yang juga dinamakan ibu negeri itu, dan kerajaan permaisuri itu. Walaupun semua orang tahu pengubahan Runia menjadi manusia hanya lagenda, dan ianya mustahil duyung boleh jadi manusia... Atau tidak?

    Odile dapat mimpi pelik tentang masalah dan kerisauan setiap hari. Kadang-kadang satu pintu kayu ros muncul dalam mimpinya... Kemana ia pergi? Kenapa, kemudian Odile terjaga, dan tidak ingat lagi mimpinya selepas dia melalui pintu kayu ros itu. Dan siapa Rima, Dosrima, dan Permaisuri Lebah misteri Miya? Bagaimana mereka berkait dengan masa dahulu Odile dan Odette?

    Dalam cerita ini, zaman berbeza dan takdir planet-planet saling berkait... Dan perlahan-lahan, kaburan rahsia akan mula terbuka kesemuanya tentang apa yang berlaku di dalam dunia pelik ini, yang ada naga, tapi tiada angsa...

    Buku 1. Jumpa! O2 = Odette dan Odile. Atau: Dunia di dalamnya ada Reptiloid, tapi tiada Angsa!

    Cerita ini fiksyen dan fantasi. Dan apa-apa persamaan pada orang sebenar atau acara adalah tidak disengajakan.

    Cerita ini semuanya fiksyen.

    Loceng kuil berdering. Semua di dunia ini boleh rosak. Hantu dari masa lampau akan memakai jubah kesedihan. Tapi kesesatan tiada siapa cuba elakkan. Dan kebanggaan orang tidak selama-lamanya, ia akan berakhir seperti mimpi menakutkan. Masa tidak memihak pada semua orang; ia menolak semua orang dalam laluannya, termasuk yang paling kuat dan berkuasa. Sebelum masa mereka lemah, seperti debu dalam angin.

    Saya lihat... saya dalam Unjuran Astral... Odile sedar bila dia meninjau sekeliling. Dan kemudian dia terperanjat sendiri: Hmm? Dan bagaimana saya tahu ini?

    Dia melihat keliling lagi. Di belakangnya, pintu kayu ros itu masih terapung di udara. Dan dia sendiri berada di tempat yang pelik, hampir tidak nyata. Ia seperti bandaraya moden. Tapi bangunannya bukan dari konkrit yang biasa, bukan juga batu-bata, juga bukan batu atau kayu, tapi dari bahan ungu yang pelik. Katanya: tidak stabil.

    Ia seperti jisim yang padat yang kadang-kadang ditunjuk dalam filem fantasi.

    Bandar jisim pelik dalam mimpi Odile tidak kosong -- banyak makhluk tinggal di situ. Dari jisim berwarna sama, sejenis manusia pelbagai bentuk dan saiz sedang berkeliaran membuat sesuatu, bercakap sesuatu. Bayangan kucing-kucing berkeliaran antara mereka, dan ada juga penguin.

    Kucing? Odile terkejut. Haiwan suci Alam Kemi? Hanya haiwan yang manusia tidak mampu jinakkan?

    Katanya: dari pelbagai haiwan di Bumi, orang tidak dapat jinakkan kucing yang suka bersendirian dan banggadiri. Di zaman lampau, ia hanya tinggal di kawasan selatan Alam Kemi. Sebagai penduduk di situ, memandangkan kucing-kucing dapat menakutkan tikus-tikus dari simpanan bijirin, cuba menjinakkan ia.

    Tapi kucing-kucing itu lebih suka 'berjalan sendirian'. Yang hanya mampu dibuat oleh penduduk zaman purba Kemi adalah bina suatu 'kuil kucing' khusus untuk tuhan betina kucing, Bastet. Paderi dan rahib kuil itu bina rumah-rumah kucing, beri ia makanan dan jaga ia. Kerana itu, haiwan-haiwan itu mula tinggal berhampiran orang, dan selalunya, buru tikus-tikus di bandar itu. Tapi, itu juga tidak dapat menjinakkan makhluk banggadiri itu. Lagipun, di Alam Kemi, orang memuja ia dan lindunginya. Dan halang ekspot ia ke negara lain.

    Sekarang, kucing menjadi harta negara di Alam Kemi. Pelancung dari seluruh dunia datang untuk melihat haiwan menawan itu.

    Odile juga bermimpi melawat ke situ satu hari, tapi dia tidak ada cukup wang untuk perjalanan udaranya.

    Puan Rima? sementara itu, Odile terdengar suara di belakangnya.

    Dia berpusing dan lihat makhluk seakan manusia dari jisim berwarna biru muda memakai tanduk rusa di kepalanya.

    Saya tidak... jawabnya.

    Kemudian sesuatu teringat dalam kepalanya. Sebetulnya! Saya Rima! Pemantau Jalinan Roh Pangkat Pertama! dia teringat.

    Memori dari beberapa dekad memenuhi kepalanya. Sebaik sahaja ingat kesemuanya, penampilannya juga berubah. Dia bukan lagi 'Odile biasa'. Dia berubah menjadi gadis tinggi kurus dengan rambut biru yang panjang, mata dan bibir berwarna sama juga. Kristal perak berbentuk titisan hujan muncul di dahinya. Pakaiannya berubah menjadi tunik ringkas putih hingga ke lutut.

    Puan Rima, kamu ingat semuanya dengan pantas kali ini, makhluk jisim itu tersenyum. Kita perlu tunggu Puan Dosrima, kemudian kita pergi mengadap Permaisuri Miya.

    Pada masa itu, satu lagi pintu kayu ros muncul di udara...

    Tapi bagaimana cerita ini bermula? Mari kita lihatnya dari mula. Walaupun, apa dia 'permulaan' cerita ini? Adakah ia bermula bila Rima menjadi Pemantau Jalinan Roh Pangkat Pertama? Atau bila Permaisuri Miya yang misteri itu mengambil kuasa berjuta tahun yang lepas? Dan kenapa Rima menganggap dirinya Odile? Apa yang jadi pada memorinya? Dan siapa pula Dosrima? Bagaimana Unjuran Astral berkait?

    Cerita ini melingkari zaman-zaman berbeza dan takdir planet-planet... Jadi baik kita mulakan dengan mengenali Odile dan keluarganya!. Dan perlahan-lahan, kaburan rahsia akan mula terbuka kesemuanya tentang apa yang berlaku di dalam dunia pelik ini, yang ada naga, tapi tiada angsa...

    Bab 1. Odile. Hari Biasa dalam Kehidupan Odile. Kerajaan Permaisuri Runian, Ibu Negeri Runia. Tahun 2123 selepas Kemunculan Peramal

    Mereka mahu jadikan kita llead! satu jeritan emosi kegadisan terngiang dari pangsapuri biasa di pinggir bandar Runia, ibu negeri Kerajaan Permaisuri Runian. Ini semestinya permulaan pada llead!

    Odile (dan dialah yang menjerit) memegun kepalanya. Dia seorang pesimis, tinggal dengan ibubapanya dan tiada kerja tetap. Tahun ini dia berumur dua puluh lima, dari masa ke semasa dia jumpa kerja sambilan melukis untuk Meganet¹ (gadis ini pandai melukis), tapi tidak jumpa kerja tetap. Atas sebab-sebab yang tidak diketahuinya, dia seakan dibenci semua pegawai pekerja pada tahap molekular. Walaupun, mengikut nasihat Meganet, dia tidak lakukan apa-apa yang bodoh semasa temuduga, dia tidak berperangai gedik, bercakap sopan dan lembut, sedikit optimistik dan positif. Dia pakai solekan ringkas, berpakaian sopan. Tapi, entah kenapa, dia tidak dapat cari kerja... Dalam kata lain, rugi dia tamat universiti dengan ijazah ekonomiks! Lebih baik jika dia belajar melukis, setidaknya lebih senang cari kerja sambilan!

    Lagi satu faktor penting ialah dia seorang gadis. Dipercayai wanita sukar cari pekerjaan, kerana pengaji takut wanita akan 'dengan cepat dan berniat jahat' cuti bersalin. Odile kadang-kadang ditanya semasa temuduga: "Adakah kamu merancang untuk cuti bersalin?" Mula-mula dia mahu jawab terus terang: "Apa itu cuti bersalin? Saya baru tamat universiti, saya baru berumur dua puluh tiga tahun!" Nasib baik dia tahan dirinya dari menjawab sebegitu, tapi ia masih tidak beri kejayaan mencari kerja tetap.

    Pada masa sama, gadis-gadis dan wanita lain dapat jumpa kerja tetap. Dengan itu, Odile ragu-ragu berpendapat yang dia, sebenarnya, atas sebab-sebab misteri, dibenci pengaji pada tahap molekular.

    Dan sekarang, dua tahun berlalu sejak dia tamat universiti. Dari masa ke semasa dia masih pergi temuduga, tapi masih gagal. Dengan itu, dia mula buat kerja sambilan.

    Ada banyak anggapan tentang pekerja sambilan di Kerajaan Permaisuri Runian. Ramai anggap mereka penganggur malas. Dan walaupun Odine tahu itu tidak benar, dia masih rasa rendah diri dan merasakan dirinya gagal.

    Sebagai pekerja sambilan yang tidak tetap, tinggal bersama ibubapa, rutin harian Odile amat bebas. Dan setiap pagi bermula dengan membaca berita di Meganet. Dan berita itu selalunya tidak mengembirakannya.

    Sekarang ia semestinya llead! Odile teruskan menjerit, masih memegun kepalanya.

    Apa ada di situ lagi? Suara ibu Odile bergema dari bilik sebelah. "

    Dia juga pelukis sambilan, tapi dengan kumpulan pelanggan tetap. Wanita itu memang tamat kolej seni, dan sebelum ini bekerja sebagai pereka dalaman. Tapi sedikit demi sedikit pasaran kerja jadi 'terlebih tepu' dengan pelbagai pereka dan pelukis. Dan syarikat yang dia bekerja tutup semasa krisis sepuluh tahun lepas. Dia tidak berjaya cari kerja baru, dan buat kerja sambilan. Mahukan masa depan lebih baik untuk anak gadisnya, dia paksa Odile belajar di universiti dalam bidang ekonomi. Tapi, anaknya gagal. Dia kemudiannya mengikut jejak ibunya tapi laluannya sukar. Lagipun, pelanggan lebih percayakan orang yang ada pembelajaran yang istimewa! Bukannya pelukis yang belajar sendiri dengan ijazah ekonomi.

    Mereka cuba halang hak reproduktif semula! Jawab Odile. Buka Meganet! Ada artikel di portal berita Runian!

    Saya tidak mahu, saya sibuk ujar ibunya tanpa semangat.

    Jadi ini dia llead!

    Ilead adalah negeri fiksyen dari novel distopia. Plotnya tentang fakta bahawa tahap bersalin mula jatuh mendadak dalam dunia. Dan di negeri Farland Union, yang terletak di atas Semenanjung Farland, fanatik agama merampas kuasa. Mereka buat negeri totalitarian agama dipanggil llead. Dan untuk menambah tahap bersalin, mereka dengan radikal menghadkan hak-hak wanita, menghalang mereka dari membeli hartanah dan dapat pendidikan. Wanita hanya boleh jadi isteri dan ibu. Ada juga pembantu rumah - wanita berseragam biru yang mengemas rumah untuk golongan elit. Dan penampung - wanita dalam jubah dan pelitup muka keemasan, yang perlu mengandung dan bersalin anak-anak lelaki elit dan isteri mereka yang mandul. Watak utama adalah penampung dan, dengan keupayaan terbaiknya, cuba melawan masyarakat llead.

    Novel itu ditulis separuh abad yang lalu, dan difilemkan beberapa kali. Tapi ia masih sesuai hari ini. Sebab cubaan menghalang hak-hak wanita (lebih-lebih lagi dari segi reproduktif) sedang diteruskan sehingga kini. Termasuk dalam kerajaan permaisuri Runian.

    Kurangkan baca buku distopia dan kurangkan juga menonton adaptasi filemnya ibu Odile, sementara

    Enjoying the preview?
    Page 1 of 1