Discover millions of ebooks, audiobooks, and so much more with a free trial

Only $11.99/month after trial. Cancel anytime.

Buku Catatan Harian Seorang Pengintip Rusia-Amerika
Buku Catatan Harian Seorang Pengintip Rusia-Amerika
Buku Catatan Harian Seorang Pengintip Rusia-Amerika
Ebook1,170 pages20 hours

Buku Catatan Harian Seorang Pengintip Rusia-Amerika

Rating: 0 out of 5 stars

()

Read preview

About this ebook

Diburu samseng China, Yakuza yang kehormatannya terikat, Bratva dan juga CIA dibawah unit-unit dalam belanjawan haram yang kejam, pengintip anak yatim itu perlu mempersoalkan ketaatannya semasa berjuang di perlawanan paling berdarah dan pertaruhan berat sebelah untuk selamat dalam dunia pengintipan yang seakan puting beliung. Ini adalah sesuatu yang mengemparkan, tidak boleh berhenti membaca biografi seorang operatif rahsia Soviet yang berjaya selamat dari buruan manusia terbesar pernah dibuat. Dilatih oleh pegawai pengintip Soviet yang paling kejam, budak lelaki ini menjadi pengintip lagenda dan tidak pedulikan perbezaan ideologi semasa memulakan perjalanan merentas Atlantik. Ini adalah cerita memukaukan tentang penipuan dan pengintipan yang melangkaui kepercayaan dan kewarganegaraan. Seorang anak yatim dan seorang KGB terakhir, yang berani berdepan dengan bahaya yang paling mencabar hanya mengetahui dunia yang penuh tipu daya. Bila kawan dipaksa melawan sesama mereka, dan pencinta diambil untuk dibelot, cuma diri sendiri sahaja boleh dipercayai. Ke mana sahaja dia pergi, penderaan dan kemusnahan mengikutinya. Yang paling disayangi ditakdirkan mendapat yang terburuk. Cerita tentang sakit hati dan pembelotan, percintaan yang ditolak dan rasuah, buku ini meneroka peristiwa-peristiwa gila yang berlaku di bandar-bandar tersibuk yang juga menjejaskan orang-orang yang melihat bintang dengan senyap. Budak lelaki itu terjebak dalam jaringan kematian dan dalih rentas negara itu tapi berpegang pada memorinya dari percintaan yang terputus. Dipaksa bekerja dengan Liga 13, satu jabatan ops hitam NSA yang terkenal dan misteri, pengintip muda itu terjerumus dalam permainan subversif and bahaya di mana dia mengetuai perisikan dan operasi pengintipan lawan terhadap orang-orang yang melatihnya. Sementara dia terkenal dalam unit sangat berkuasa itu,
LanguageBahasa melayu
PublisherTektime
Release dateOct 14, 2022
ISBN9788835444916
Buku Catatan Harian Seorang Pengintip Rusia-Amerika

Related to Buku Catatan Harian Seorang Pengintip Rusia-Amerika

Related ebooks

Related categories

Reviews for Buku Catatan Harian Seorang Pengintip Rusia-Amerika

Rating: 0 out of 5 stars
0 ratings

0 ratings0 reviews

What did you think?

Tap to rate

Review must be at least 10 words

    Book preview

    Buku Catatan Harian Seorang Pengintip Rusia-Amerika - Azeezah Salamah-Abdul Awal

    DIARY OF A RUSSIAN SPY

    By Azeezah Awal

    Translated by Mohd Fazidin Jabar

    BUKU CATATAN HARIAN PENGINTIP AMERIKA

    AWALKATA

    Saya sudah melarikan diri sepanjang hayat.

    Saya tidak pernah ada sehari rehat, tiada kemewahan menghias rumah untuk tinggal di dalamnya, sebab dari usia dua puluh tiga, saya tidak pernah tinggal di satu-satu tempat lebih dari dua atau tiga minggu. Saya tidak boleh memiliki kereta untuk masa yang lama - ianya suatu risiko besar kerana kereta itu boleh dijejaki, diekori dan dipantau. Kegembiraan perkahwinan tiada dalam hidup saya, dan upacara yang cepat-cepat dianjur yang saya berjaya adakan telah dihancurkan oleh pertempuran bersenjata terburuk dan keganasan pembunuhan.

    Saya tidak pernah berpeluang memegang anak sendiri, tidak pernah menikmati matahari terbenam tanpa risaukan pembunuh upahan yang menunggu untuk menembak saya dari kaki langit yang kian hilang, tidak berpeluang berehat di pantai peribadi untuk mengelapkan kulit tanpa risau ada dron yang akan serang dan bunuh saya dan semua di sekeliling saya sekelip mata. Saya tidak pernah buka langsir untuk cahaya matahari dan tidak pernah rasa berjalan di kaki lima tanpa menyorok muka dan identiti saya.

    Tidak pernah berhak makan di kedai makan yang baik tanpa makanan yang dipesan diletak dadah atau ubat saraf oleh pelayan atau tukang masak yang dirasuah.

    Saya tidak boleh guna tandas awam tanpa rasa takut pada seseorang yang masuk ke situ dari belakang saya. Dan akhirnya, saya tidak boleh percaya sesiapa yang saya bercakap dengannya tanpa fikir yang mereka dibayar untuk cederakan saya atau pembunuh upahan yang dihantar untuk membunuh saya.

    Cubaan membunuh saya menjadi terlalu biasa menyebabkan saya menjadi tidak takut padanya lagi. Ianya menjadi kesulitan untuk mencari pembunuh atau pembunuh upahan di setiap simpang. Tidak kisahlah jika ianya turun dari stesyen keretapi bawah tanah, atau menginap di motel, ada orang yang akan menyelinap dan cuba menusuk pisau ke isi perutnya. Saya tidak boleh berdiri dekat tingkap tanpa ada peluru terbang merentasi saya. Lelaki, yang pada saya berperwatakan seorang ayah, yang mengupah pembunuh untuk ambil nyawa saya, tidak pernah mengalah. Apa yang dia dapat jika saya terbunuh adalah misteri pada saya.

    Saya dibiarkan menjalani kehidupan sendiri selepas kematian ibubapa saya.

    Tidak disayangi di rumah anak yatim, saya membesar di tengah-tengah lanskap bersalji di Siberia. Kekosongan luas adalah suatu deraan, terbiar melarat dan menempuh tragedi. Saya rasa seperti di hujung dunia dan bertahan setiap hari pada memori orang tersayang yang sudah pergi. Tapi memori itu terpaksa dipendam.

    Mengingati wajah ibu saya yang jelita dan senyuman manisnya boleh menghantui minda saya, menyakitkan hati saya dengan kesedihan. Saya tahu tiada siapa akan membantu saya. Jadi, menjaga diri sendiri sudah menjadi kebiasaan. Tapi kali ini, ianya rasa berbeza. Perasaan dibelot amat kuat, saya boleh dengar ia menjerit di dalam kepala. Lelaki yang saya percayakan, dan paling dekat sebagai seorang ayah, telah mencampak saya ke bawah bas.

    Saya bayang-bayang tanpa harga di dunianya dan bila saya tidak diperlukan lagi, saya tiada sebab untuk hidup. Dia mahu saya keluar dari hidupnya, mahu saya hilang dari kehidupan anak gadisnya dan akhirnya mahu saya terseksa kerana mengambil kerajaan kecilnya.

    Tidak kira betapa teruk perangainya terhadap saya sekarang, saya tidak boleh melupakan kebajikan lepasnya pada saya. Bagaimana saya boleh lupa keberaniannya menyelamatkan saya dari dinasti yang paling kejam yang saya adalah sebahagian darinya?. Dia menganjur jalan keluar dari rahang kematian - pada masa saya pasti tiada ruang untuk keampunan.

    Oktober, 1975

    Selepas ibuku mati, dan ayah tiriku ditahan kerana membunuhnya, mahkamah cuma beriku satu pilihan: kewujudan kerdil di rumah anak yatim Inggeris. Nasib baik -

    atau tidak - saya dikeluarkan dari rumah anak yatim negeri di London dan dihantar ke Moscow, rumah asal keluarga ayahku. Mereka menjagaku di bawah atap mereka sehingga kebajikan saya menjadi terlalu menyusahkan untuk mereka. Datukku kata saya tiada talian darah darinya dan mereka tukar nama keluargaku.

    Tanpa lengah, saya dihantar ke satu rumah anak yatim Siberia, beribu batu jauh dari negara kelahiranku. Saya tiada paspot atau apa-apa dokumen denganku. Saya tidak tahan kesejukan dan kebuluran yang biasa di perumahan negeri itu dan bila sampai usia remaja, saya berkawan dengan sekumpulan remaja lelaki dan cari tempat tinggal lain.

    Saya tidak tahu macam mana saya bertahan setiap musim sejuk di rumah anak yatim itu. Salji dan hujan air batu akan menghentam kayu longgar di tempat tinggal kami dan kesejukan hujan akan masuk ke dalam, membasahi selimut yang nipis yang dipenuhi ulat katil dan kutu. Kepenatan selalunya membuatkan kami tertidur sekali sekala di waktu malam, sementara melupakan kelaparan yang menyucuk perut kami.

    Saya ingat tidur dengan memakai kasut, cuba menahan dari kesejukan itu, tapi stokin yang reput itu akan buatkan kaki saya bengkak dan gatal sangat.

    Hari siang bawa sedikit kelegaan pada tubuh-tubuh mereka yang kurus itu. Gigitan kutu-kutu membuatkan nanah mengalir ke kaki, membuatkan perjalanan ke tandas luar berganda lebih susah. Ramai anak-anak yatim itu sakit dari skabis dan jaundis.

    Hatiku luluh pada kesakitan kanak-kanak cacat yang tinggal bersama kami. Dua per tiga kanak-kanak di situ disakiti bermacam jenis kecacatan dan saya kemudiannya tahu ianya bukan kebetulan mereka semua di perumahan negeri. Ramai yang bukan anak yatim pun - ibubapa mereka tinggal di bandar - selalunya di perumahan kaya -

    tapi mereka putus asa pada anak-anak mereka selepas dilahirkan yang nampak kecacatan mereka oleh jururawat atau bidan.

    Saya tidak tahu adakah sebab celaan sosial atau tiada kesedaran yang membuat ibubapa mereka meninggalkan mereka di kampung di ceruk Siberia, tapi saya sedih melihat kanak-kanak dengan sindrom Down. Yang sangat penyayang dan sudah dewasa berkata pada kami yang mereka sentiasa lapar. Satu malam, di tengah-tengah musim sejuk, saya memutuskan untuk bantu mereka. Saya mengumpulkan beberapa budak lelaki dari rumah anak yatim itu dan keluar. Saya cuma tiga belas tahun, dan yang lain lebih tua sedikit. Kita setuju sesuatu mesti dilakukan tentang kekurangan makanan jadi kita memutuskan untuk pergi ke pasar berdekatan.

    Persinggahan itu tidak berhasil. Penjaga kedai menolak kami pergi dari pasar ikan bila tahu kami tiada duit. Saya meredah ribut salji malam dan angin sejuk yang tajam yang mencalar badan seperti pisau semasa pulang ke rumah anak yatim itu penuh kekecewaan, mukaku basah dengan tangisan marah.

    Saya memandang ke budak-budak lelaki itu. Mereka juga menangis. Saya nampak muka mereka bengkak merah padam dengan kemarahan dan kekecewaan.

    Untuk lain kali, saya bercadang keluar seorang dan cari makanan untuk kawan-kawan muda saya. Saya mula awal pagi esok. Saya berjalan melalui salji paras pinggang untuk berbatu jauhnya, memanjat kuat merentas bukit berlumpur yang beku menjadi bukit sekeras batu yang gelap. Dua kali, saya mahu berpatah balik ke sedikit kehangatan pondok itu tapi muka-muka bulat beria kawan-kawan yang kurang bernasib baik memaksaku teruskan perjalanan. Saya tahu saya perlu bawa balik sesuatu buah tangan untuk kanak-kanak kurang upaya itu.

    Selama berjam-jam, saya cari. Tiada apa di sudut bandar ini. Saya perlu pergi ke hujung sebelah sana kampung itu. Menarik nafas panjang, saya menarik jubah nipis saya seerat yang boleh keliling badan dan merempuh angin sejuk beku, merentas sungai sempit yang beku. Kakiku beku dan sakit sangat, membuatku menangis. Tapi angin sejuk itu tidak memberiku peluang untuk menangis. Air mataku beku sebelum sampai ke pipi.

    Saya kelaparan dan haus dari bekerja keras, jadi saya ambil segenggam salji dan makannya semasa berjalan. Beberapa barisan kedai jual ikan beku beratur di tepi jalan utama. Saya berlegar-legar di situ lama, mengambil cebisan-cebisan ikan yang jatuh ke salji. Saya tunggu angin kuat meniup ikan-ikan kering dari para di hadapan pasar itu. Kerjaku berbaloi dan saya dapat simpan segenggam ikan beku dalam jubah saya.

    Tapi awan mula mendung dan angin sejuk mahu membekukan tengkorakku; saya hampir tidak boleh berfikir. Mengigil kesejukan dan kepenatan, saya pulang melalui lanskap yang murung tadi, memegang beberapa roti dan ikan kering yang berjaya dikutip dari beberapa kedai.

    Bila sampai ke rumah anak yatim, kanak-kanak itu berkumpul sekelilingku, ambil cebisan-cebisan makanan yang saya agihkan. Ianya tidak mencukupi, tapi, kami semua berkongsi dengan gembira. Malam itu, saya rasa rumah itu selesa buat pertama kali. Walaupun dilahirkan dan dibesarkan di London, dan walaupun ibuku seorang Islam dari Chechnya, saya anggap diriku seorang budak Rusia sejati. Kanak-kanak ini kawan-kawanku, adik-adikku. Dengan kesedaran, saya tahu saya sayang mereka sebagai keluarga. Kesakitan saya tidak berkurangan sepanjang malam tapi saya tidak kisah. Kesejukan masih jadi masalah utama. Gigitan beku di kakiku membarah dan saya belajar hidup dengan luka-luka bernanah.

    Bila pertengahan Oktober, kami sedar pakaian kami sudah berkulat kerana sejuk.

    Beberapa kanak-kanak ada sarung tangan tapi yang lain memberanikan diri di musim sejuk Siberia dengan tangan kosong. Jari-jari beku kami akan terkopek dari kesejukan tapi tiada siapa merungut. Saya boleh rasa kesayangan kuat antara kanak-kanak itu -

    memperkuatkan semangat kami untuk hidup. Untuk beberapa bulan, saya teruskan memungut makanan untuk kanak-kanak di rumah anak yatim itu. Kami berupaya tangkap ikan-ikan besar dan jualnya ke pemilik-pemilik kedai ikan. Sekali sekala, kami

    guna duit itu untuk beli makanan kegemaran tempatan seperti ikan beku nipis panjang dan kentang.

    Harijadiku ke lima belas di pertengahan musim sejuk tapi kawan-kawan Rusiaku menyambutnya dengan meriah dan hadiahkan saya jubah bulu baru. Ianya pakaian pertama yang saya miliki dalam beberapa tahun yang tidak berkutu atau berkulat.

    Saya bersyukur dan berterimakasih. Jubah baru itu lebih dari cukup untuk musim sejuk

    - saya pakainya juga untuk berjalan lebih jauh ke kampung-kampung dan bandar-bandar. Di tengah bandar, saya berkawan dengan kanak-kanak lain yang gelandangan. Saya teruja dengan kebolehan dan idea mereka. Tidak lama kemudian, saya mengikuti mereka dalam aktiviti malam mereka. Cuma, tidak semua aktiviti-aktiviti itu bersih.

    Satu kegiatan menjadi banyak sehingga saya terjebak dalam kes rompakan. Saya tidak tahu kawan-kawanku mahu merompak satu bank, tapi bila mengetahuinya, ianya terlalu lambat untuk tarik diri. Seperti dijangka, ada tembak menembak dengan polis, dan kawan-kawanku berjaya melarikan diri, saya tinggal di belakang untuk memastikan pengurus bank yang tertembak masih hidup. Itu satu kesilapan. Langkah itu menyebabkan polis jumpa saya dekat senjata yang membunuh dan mayat yang dibunuh.

    Ia tidak makan masa untuk mahkamah Rusia menjatuhkan hukuman mati padaku.

    Bila hakim beri keputusan, saya tidak dapat menahan diri. Meracau kerana takut dan marah, saya meronta untuk melarikan diri dari bilik itu tapi dua pengawal sasa memegang lenganku, menekanku ke bangku kayu itu. Kakiku menendang sekeliling, saya jerit dan teriak pada hakim, mengatakan itu semua bohong. Tindakan itu tidak diendahkan pegawai-pegawai di situ dan saya diheret dari mahkamah itu berantai.

    Saya hampir berumur tujuh belas tahun bila ianya berlaku.

    Hakim tidak tukar hukuman. Jadi, komiti hukuman mati bersetuju mengunakan pekatan sodium pentothal untuk hukuman itu. Saya menjerit sepanjang ke bilik hukuman, meronta untuk dibebaskan, menangis berharap kepada ibu yang sudah pergi. Dalam minda mudaku, saya percaya ibuku boleh selamatkanku. Untuk pertama kali dalam usia muda ini, saya rasa kesal pada nasib saya, ditinggalkan keluarga dan kawan-kawanku di tempat yang bahaya dan terpencil, hanya dengan kesakitan dan kesengsaraan yang menemaniku selama-lamanya.

    Tangisan terdesakku tenggelam dalam ngauman penjatuh hukuman yang menarikku ke ruang terakhir itu. Bila mereka mengikatku ke katil kecil itu, saya pengsan kerana terlalu takut sebelum mereka injek ubat dalam picagari itu ke saluran darahku.

    Bila saya terjaga, saya pasti saya di alam barzah. Bilik berjubin putih itu mestilah syurga, sebab neraka tidak mungkin sejuk dan senyap. Saya sedar saya terbaring di katil, yang terkunci dalam bilik empat segi tanpa tingkap. Kemudian saya terdengar bunyi kunci di luar pintu dan seorang lelaki masuk. Dia sedikit pendek, berambut perang dan mata biru yang bersinar. Dia nampak seperti manusia tapi perwatakannya menakutkan. Lelaki itu tidak bersuara dan perlahan-lahan meletak gambar Polaroid di meja tepi katil. Ianya gambar tanah perkuburan. Saya melihat nombor kubur, mengira

    barisan kubur, dan akhirnya melihat tulisan di batu nisan kubur itu. Namaku ditulis di situ. Hari mati adalah hari hukuman, atau itu yang saya sangka terjadi.

    April, 1982

    Saya diberi pilihan kembali ke kuburku - kali ini betul-betul - atau bekerja dengan organisasi yang menyelamatkanku dari mati dihukum. Ianya bukan pilihan pun; secara jujur, ianya paksaan. Saya setuju.

    Latihanku bermula esok.

    Dalam ruang legar Kem yang tersorok, saya dilatih teknik-teknik berlawan. Saya diajar bergusti tangan ke tangan dan cara melucutkan senjata lawan, dan juga jenis pertempuran haram. Latihan bersenjata sentiasa mengunakan peluru hidup. Saya mengunakan sepenuh tenaga dan berjaya dalam hampir semua latihan-latihan itu.

    Lelaki gempal dengan mata biru ais yang pertama memujukku masuk latihan itu sentiasa ada tapi jauh, memerhatiku seperti helang. Kelemahan sedikit pun akan diketahuinya.

    Berjam-jam tanpa henti mengangkat berat, latihan fizikal berat dan latihan tembak tepat yang jitu menjadi kebiasaan. Setiap minggu kita diajar seni mempertahankan diri yang berlainan dan teknik-teknik gusti dari serata dunia.

    Seperti dijangka, lelaki bermata biru itu adalah pengurus peribadiku; seorang pelatih yang tiada belas kasihan yang melatih saya dan beberapa yang lain sekuat mungkin. Namanya Mikhail, tapi dia mahu kami panggilnya Michael sebab kita juga dilatih bercakap Inggeris dengan petah. Tiada latihan atau tugasan diambil ringan. Jika saya tercungap atau terpaksa tarik nafas semasa latihan, dia akan arah berlari tambahan.

    Jika kamu berlatih cukup kuat, kamu tidak perlu tercungap, Michael pernah beritahu. Saya benci arahan sebegini dan selalunya, bila ianya giliranku berlawan satu lawan satu atau lawan menguna tangan, sebagai ganti berlawan di dalam gelangang, saya akan menari ballet, menunjukkan pergerakan yang saya belajar dari ibuku yang seorang ahli ballet. Mikhail tidak suka perangaiku itu dan selalu menambah lagi latihan tapi saya masih menolak kehidupan baru di Kem itu. Ia membuatku rasa terkongkong.

    Saya layak menjadi seorang operatif selepas menjalani hanya enam bulan latihan.

    Michael sangat berbangga dengan pencapaian itu dan selepas membedah masuk cip pengesan di atas tulang belakangku, dia merujukku pada pengarah Kem, seorang bekas kolonel yang sudah berdekad bertugas di KGB. Kolonel itu beriku tugasan pertamaku: masuk satu kedai makan dan bunuh bekas timbalan Duma negera. Saya diberitahu sasaran telah menjual senjata haram. Pada umur sembilan belas, baru terima ijazah dari sekolah tentera, saya tidak fikir untuk mempersoalkan ketuaku. Saya percaya kata kolonel itu. Sasaranku seorang yang jahat dan perlu dihapuskan.

    Michael hantarku di hadapan kedai makan itu dan beriku senjata; satu pistol P-96.

    Dia beri amaran ini satu ujian. Saya ada lima minit untuk membunuh sasaran dan

    kembali ke kereta. Selepas itu, Michael akan pergi dan saya akan bersendirian. Dia tekankan misi pertama sentiasa satu ujian untuk menilai orang baru. Jika saya gagal, saya akan dinyahkan. Saya tahu beberapa bulan selepas itu maksud dinyahkan.

    Saya masuk kedai makan mewah itu dan nampak sasaran saya di belakang ruang makan. Dia dikelilingi lapan pengawal. Saya menimbang pilihan yang ada. Menembak seorang yang tidak bersenjata di tempat awam adalah bukan kerja senang; tapi saya masih perlu lakukannya. Saya berdiri jauh dan cuba mengacu. Walaupun dengan latihan enam bulan dan lulus ujian Menembak dengan jayanya, saya tidak berupaya menembak seorang lelaki yang sedang menikmati makan malamnya dengan kenalannya. Selepas seminit tergamam, saya tutup mata dan tekan picu. Saya tersasar, semestinya. Tapi itu permulaan kecelakaan yang baru terbuka. Saya buka mata dan tekan picu lagi, tapi cuma dengar klik kosong. Pistol yang diberi Michael tiada peluru.

    Saya menarik nafas lega. Saya tidak perlu bunuh sesiapa.

    Tapi, kelegaan itu sekejap. Dalam kerakusan melakukan misi itu, saya tidak sedar orang ramai yang makan di situ berbisik, menunjuk ke arah pistol di tanganku.

    Sasaranku memandangku dan nampak pistol yang di tanganku dan menjerit ke pengawal-pengawalnya. Mereka bergerak sepantas kilat dan ambil mesingan-sub otomatik dari jubah mereka dan mula menembak peluru padaku. Saya kaku sebentar, kemudian latihanku mula bekerja. Saya jatuh ke lantai dan berguling sehingga terlindung di belakang bar. Tembakan senjatapi berterusan ke arahku, dan saya tunduk dari belakang meja dan menerjah seorang pengawal, merampas sejatanya dan menembak balas. Saya tidak ingat berapa lama masa yang diambil untuk keluar kedai makan itu, tapi pergaduhan itu sangat berdarah. Ramai pelanggan sudah lari keluar dan sasaranku dengan kelapan-lapan pengawalnya mati. Saya berdiri kaku, melihat kecemasan pada kecelakaan itu. Saya tidak percaya saya yang membunuh mereka.

    Ianya sukar tidak tersungkur dan muntah. Kemudian saya terdengar siren polis, dan saya tahu saya perlu lari.

    Saya bergegas ke luar. Michael sudah tiada. Tiada cara untuk kembali ke Kem.

    Saya buang senjata tadi dan berlari, sampai di Kem lima jam kemudian. Bila saya masuk, saya nampak Michael di lobi. Dia nampak kecewa dan beritahuku saya lambat.

    Tugasan itu perlu tamat dalam lima minit. Sehingga waktu itu, saya menahan diri berlakun tenang, tapi suaranya membuatku hilang sabar. Saya mencengkam Michael dan mencekiknya. Saya jerit padanya kerana belot, beriku senjata tanpa peluru, membuatku bunuh orang-orang yang tidak berdosa itu. Michael lebih kuat dan menguasaiku. Dia kata saya lemah dan tidak patut jadi operatif antarabangsa Rusia.

    Misi itu ujian untuk melihat bagaimana saya bertindak semasa tertekan. Walaupun begitu, pulang ke Kem tanpa kecederaan dan masih hidup bermakna saya lulus. Tujuh puluh peratus orang baru mati semasa tugasan pertama.

    Ini adalah yang pertama dari banyak lagi tugasan yang saya lakukan. Selalunya, ianya pembunuhan. Yang lain, saya disuruh pecah masuk gudang dan dapatkan maklumat. Dalam situasi terpencil, kolonel itu mengarahku menyelinap masuk geng jahat untuk dapatkan identiti ketuanya atau ahli-ahlinya. Walaupun kebanyakan sasaran Kem adalah ketua-ketua samseng dan pengedar dadah, ada juga ahli politik jujur yang pendapatnya tidak selari dengan pendapat kolonel. Dia mahu kami jadi

    mesin pembunuh yang akur memusnahkan musuh-musuhnya. Saya tidak suka tugasanku. Saya tidak mahu membunuh seorang manusia, tapi arahan-arahan itu kekal. Tidak mengikut arahan akan didera teruk. Dalam beberapa bulan, saya nampak beberapa orang-orang baru hilang entah ke mana di Kem itu. Saya diberitahu kemudian mereka dinyahkan.

    Sesiapa yang prestasi di bawah sederhana dianggap tidak patut hidup. Prestasiku pada awalnya tidak bagus dan di sebabkan itu, saya dihantar ke misi-misi merbahaya untuk enam bulan berturut-turut. Mikhail, pelatih peribadiku yang mengambilku ke Kem ini, menjadi terharu, dan mengikutiku dalam misi berani mati pertamaku. Dia nampak bagaimana sukarnya saya cuba bolos sempadan bangunan yang dikawal ketat yang jadi tempat persembunyian penjahat. Saya nampak orang-orang baru, kawan-kawanku yang sama ketakutan denganku, musnah di sebelahku tapi tidak berani untuk menembak senjataku. Mikhail kesiankanku dan tidak melaporkan kegagalanku ke kolonel, dia melindungiku dan mula mengikutiku dalam kebanyakan misi berani mati.

    Mengikut statistik, cuma satu peratus sahaja sesiapa berjaya keluar dari misi-misi ini hidup, tapi saya berjaya.

    Apa yang saya diarahkan buat adalah memang tidak serasi dengan naluriku. Saya disuruh bunuh orang yang bukan musuhku, musnahkan kehidupan mereka yang tidak berbuat jahat padaku. Bekas kolonel KGB menerangkan mereka adalah musuh negara tapi itu sesuatu minda mudaku tidak faham. Bila saya mempersoalkan arahannya, dia mengatakan kita sedang berperang dan sasaran itu perlu dihapuskan.

    Kami terima gambar polaroid lelaki atau wanita yang perlu diuruskan, dihapuskan supaya Perikatan Soviet boleh selamat dari dicabul. Kadang-kadang, kami diarah untuk meneliti profil sasaran. Ada yang jurutera bekerja di stesyen janakuasa atau loji nuklear. Seorang ahli politik di Latvia. Seorang pemilik syarikat farmasutikal di Ukraine.

    Mereka tidak nampak seperti penganas yang boleh mencederakan kolonel atau negara. Saya tidak mahu jadi sebahagian dari peperangan tanpa nama ini.

    Tidak sehingga tahun kedua latihan bila kesedaran yang mengembirakan muncul

    - sejak memulakan latihan saya, saya menjangka dari aktiviti-aktiviti kolonel yang tidak disekat, yang dia bukan sebahagian dari program risikan kerajaan Soviet. Saya betul, rasanya. Kerajaan pusat telah memutus hubungan dengannya beberapa tahun yang lalu tapi itu tidak menghentikan semangat bekas pegawai Soviet dari menjalankan operasi-operasinya yang dramatik. Dia menyembunyi dari dikesan KGB bila melakukan kebanyakan tugasnya dari Jerman Timur di mana dia adalah pegawai perhubungan di pusat Stasi di Lichtenberg. Lebih-lebih lagi bila tinggal lama di Berlin Timur, kolonel itu melatih orang baru di sebalik pagar berduri di kubu atas bukit di tebing sungai Spree.

    Saya betul-betul benci kerjaku. Ia selalunya termasuk membunuh orang tidak bersenjata. Banyak kali, saya biarkan mangsa yang akan dibunuh untuk melarikan diri, kadang-kadang beri mereka duit untuk lari. Di mana saya dapat duit itu adalah isu lain.

    Sebelum satu-satu misi atau operasi, Dustin dan saya akan berbincang tentang rancangan atau penyelinapan dalam kumpulan penjahat. Kami akan menjejak tapak digital mereka dan Dustin gunakan kebolehan baik teknikalnya untuk menyedut sedikit duit haram ke akaun luar pantai. Setelah beberapa lama, ada lima akaun berlainan yang saya uruskan sendiri. Dustin mendapat perkongsian duit dari serangan yang saya kendalikan. Saya bukan tidak suka kesudahannya. Kerja itu berisiko. Kolonel

    akan hantar seluruh pasukan taktikal untuk menyerang pusat penjahat, tapi cuma beberapa orang sahaja akan pulang dari operasi sebegitu. Selalunya, mereka terperangkap dalam aksi tembak menembak dan tercedera atau terpincang. Jika terlalu cedera semasa kerja ianya sama dengan mati. Kolonel tidak suka kesilapan atau kelemahan. Dia akan nyahkan sesiapa yang gagal tiga misi berturut-turut.

    Saya bernasib baik yang peliknya, atau tidak bernasib baik kerana hidup dan tidak cedera sepanjang masa ini. Ia bermaksud saya tidak akan dibunuh kolonel tapi ia juga bermakna saya jadi pembunuh ramai yang lain, ada di antaranya tidak bersalah.

    Fikiran ini menghantuiku setiap kali saya dihantar keluar Kem. Saya masih terima banyak duit dan barangan berharga yang lain dan hantarnya ke akaun bank di Thailand dan Belanda. Yang saya tahu, kedua negara ini sahaja yang ada akaun bank yang tidak boleh dijejaki. Dustin bantu buat akaun-akaun ini supaya kolonel tidak boleh jejaknya.

    Bukannya tamak membuatku mencuri duit dari penjahat. Saya telah rancang dan bermimpi meninggalkan Kem kolonel satu hari, sebelum dia suruh saya bunuh lebih ramai orang, sebelum roh saya hilang sepenuhnya. Saya tahu saya perlu beli kertas pengenalan diri terbaik dan buat beberapa identiti lain dan ubah rupa kekal fizikalku.

    Saya perlu duit yang tidak boleh dijejak untuk itu, dan Kem bayar gaji terlalu sedikit, dan itu pun dalam bentuk kad kredit prabayar. Semua yang dibelanjakan diteliti pusat kawalan. Orang baru diberi pangsapuri berperabut di tepi Moscow, tapi saya temui di hari pertama seluruh pangsapuri di pantau dengan kamera-kamera tersembunyi dan mikrofon-mikrofon. Membuangnya akan diketahui kolonel yang saya ada rancangan tersembunyi jadi saya minta bantuan Dustin. Dia cadangkan buat alat pengacau yang boleh menganggu mikrofon sekejap bila dipasang. Kami tidak pernah bebas. Tidak sekejap pun. Tapi untuk beberapa minit alat pengacau itu dipasang dalam bilikku, saya boleh bercakap tahu tiada orang lain boleh curi dengar.

    Mei, 1984

    Satu dari tugasan yang saya diberi adalah di Amerika Syarikat. Pakar-pakar sejuriti siber di Kem memberi saya kertas perjalanan dan identiti tipu. Saya diberi nama Amerika dan berlatih bercakap Inggeris Amerika dan beberapa loghat tempatan.

    Kerana saya muda, saya dihantar ke Amerika sebagai tahun akhir sekolah menengah berumur lapan belas tahun. Kertas perjalananku nampak betul. Ketiadaan penjaga atau ibubapa dijelaskan dalam dokumen itu sebagai dibawah jagaan rumah anak yatim. Michael mengatakan sebaik sahaja sampai di lapangan terbang New York, saya akan dijemput seorang agen Rusia yang menetap di sana. Mereka akan bantuku memula hidup baru.

    Secara peribadi, saya lega. Membunuh berdozen orang setiap bulan adalah menyakitkan. Walaupun saya pasti sasaranku penjahat dan ketua samseng, ianya tugasan yang tidak selesa membunuh orang tidak bersenjata. Saya berharap meninggalkan Rusia memberi sedikit kebebasan untukku. Saya ada sedikit harapan untuk bebas.

    Kedatanganku di New York tiada kegemilangan. Tidak banyak untuk dibuat. Kem hantar pesanan untuk saya beraksi sederhana dan bergaul dengan masyarakat. Saya

    pergi ke sekolah menengah dan berinteraksi dengan pelajar lain. Ianya dari perjalanan ke sekolah yang saya terjumpa sepasang orang melintas jalan. Wanita itu nampak seperti dikenalinya.

    Bila diteliti, saya lihat dia wanita keturunan Chechen dari Rusia. Satu muka dikenali dari kampung, naluriku berfikir, dan mengikut mereka dari jauh. Mereka didapati tinggal cuma tiga blok dari kawasan sekolahku. Dalam beberapa bulan, saya nampak wanita itu berlegar-legar di taman awam Manhattan, tapi dia bersama seorang budak lelaki berumur lebihkurang sepuluh tahun. Dia sama saiz denganku bila ibuku mati sedekad lalu. Saya keliru tapi dapat tahu cerita sebenar mengenai anak lelaki barunya.

    Pasangan itu mengambil dua anak angkat dan menjaganya seperti anak sendiri. Saya kagum nasib baik budak lelaki itu yang sekarang tinggal dengan wanita Rusia Islam dan suaminya. Walaupun saya bukan lagi budak kecil, saya berharap saya pernah ada keluarga bahagia, seseorang yang menyayangiku seadanya, sebagai anak sendiri.

    Saya tidak tahu apa yang membuatku bernostalgia, tapi melihat wanita itu mengingatkanku pada ibuku yang mati semasa saya kecil. Ini beriku harapan, membuatku sedar masih ada yang baik di dunia ini. Mungkin ada harapan untuk saya mulakan hidup baru.

    Sementara itu, saya tamat pengajian sekolah menengah, sebagai seorang Amerika, dan saya diarah mula kolej di New York. Ianya semasa semester pertama saya dapat tugasan pertama. Michael pos dokumen rahsia berkod dari Kem yang memberikan senarai lelaki kolonel mahu hapuskan. Dua darinya adalah ahli politik Amerika yang pandangan mereka tidak serasi dengan kita.

    Saya mula bersedia untuk misi itu dan bila peluang diberi, saya mendekati sasaranku. Saya jejaki satu dari ahli politik itu di perlawanan besbal. Dia pergi ke perlawanan itu dengan anak lelakinya. Saya duduk di seberang stadium itu dan mengacu senjata bila pandanganku tertumpu pada budak yang duduk di sebelah ahli politik itu. Budak itu sedang sibuk berbual dengan sasarannya. Saya acu senjata tapi tergamam menarik picu. Bagaimana perasaan budak itu bila ayahnya mati di hadapannya?. Ianya akan sangat menganggunya, amat kejam. Tidak, saya perlu tunggu ahli politik itu bersendirian.

    Perlawanan itu berakhir dan lelaki itu tinggalkan stadium dengan anaknya. Untuk keseluruhan minggu, saya mencari peluang untuk membunuhnya, tapi dia dikelilingi sekuriti ketat dan tidak berpeluang mendekatinya. Selepas itu, Michael hantar pesanan amaran. Kolonel sudah tidak sabar yang saya belum menghabiskan tugasanku. Tiga dari empat sasaranku masih hidup.

    Yang jelas, kerajaan Amerika berfungsi berbeza dari negara lain. Bila mereka lihat salah satu dari ahli politik terkemuka mereka dibunuh, mereka mengetatkan sekuriti pada yang lain. Ianya bertambah rumit menjejak sasaran yang lain dan cari tempat sesuai untuk membunuh mereka. Ketuaku di Soviet tidak mahu dengar alasan; mereka mahu keputusan. Saya memutuskan bertindak kelam kabut dan mengekori satu sasaran ke hotelnya di Washington DC dan menyewa bilik di tingkat yang sama.

    Semasa menyediakan rifel hendap, beberapa dozen lelaki datang dari bayang-bayang, dari belakang sofa, dari dalam almari, dan seperti mimpi ngeri, mereka ikat dan tutup mataku, sebelum bawaku ke lokasi yang tidak diketahui.

    Saya di dalam bilik berdinding besi. Bila mataku akhirnya fokus di dalam bilik malap itu, saya nampak seorang lelaki duduk setentang denganku di meja yang tetap. Saya meronta untuk bangun, tapi tanganku digari ke atas meja dengan gari besi. Lelaki itu melambai padaku untuk tetap duduk dan memperkenalkan dirinya. Dia seorang gempal berotot, berpakaian segak dan pakai topi mahal. Dia kata dia pengarah Agensi Sekuriti Nasional, atau NSA, dan bertanggungjawab melindungi negaranya dari bahaya. Jabatannya adalah seksyen terpencil di NSA yang menjalankan operasi rahsia di luar negara dan dia bertanggungjawab khususnya pada program ops hitam yang unik.

    Orang segak itu bercakap dengan sedikit loghat. Saya fikir ianya Austria. Dia beritahu hanya beberapa orang tahu dia wujud tapi dia seakan tahu semua tentang diriku; namaku, lokasi Kem itu, dan kenal bekas kolonel KGB lebih dariku. Dia beritahu saya sudah bunuh seorang ahli politik Amerika, dan mahu bunuh lagi satu. Saya tahu hukuman membunuh adalah mati, jadi saya merayu untuk nyawaku. Saya mengaku dengan jujur saya mahu tinggalkan Kem sejak sampai ke Amerika Syarikat. Saya tidak mahu bunuh sesiapa lagi, tapi menolak arahan kolonel bukan pilihan. Saya terpaksa lakukannya.

    Dia dengar tanpa riak pada rayuanku, kemudian perangainya berubah. Dia arahkan pengawal membuka gari dan beritahu saya dibebaskan. Dia akan pastikan kerajaan Amerika tidak ketahui yang saya telah bunuh ahli politik itu. Saya terkejut.

    Adakah ini peluang keduaku?.

    Cuma satu kondisi, dia beritahuku. "Organisasi yang kamu kerja di senarai hitamkan kerajaan Amerika dan Rusia untuk beberapa tahun sekarang. Kami memantaumu sentiasa sejak hari kamu tiba di U.S. dan kami tahu ada beberapa agen senyap Soviet yang dilatih di Kem yang menjawat jawatan penting dalam kerajaan kami. Jika kamu bantu kami menghapuskan kolonel penyangak dan Kem itu, kami akan berimu imuniti dan beri kamu permulaan hidup yang baru.

    Saya bersedia setuju dengannya dan tawarkan bantuan. Tiada yang saya mahu lebih dari menghentikan kitaran pembunuhan itu. Saya tidak mahu jadi pembunuh.

    Saya cuma mahu bebas. Saya beritahunya saya ada penjejak yang ditanam di leherku. Pengarah NSA ops hitam itu tahu mengenai itu juga, dan dia mahu saya kembali ke pusat Kem di Rusia dan dapatkan semua nama agen yang dihantar ke luar negara. Kontak saya di Moscow adalah leftenen tinggi di Pengurusan Ke Sembilan di KGB. Lima belas pegawai dari regimen Kremlin akan mengawasiku untuk memastikan kolonel tidak syakku apa-apa.

    Sementara itu, saya diarahkan mengikut arahan kolonel sepenuhnya, untuk tidak disyaki. Saya mengangguk, cuba fahami posisiku itu. Dari hari ini, saya menjadi agen untuk keduanya. Seorang pembelot. Jika ditangkap, saya akan dihukum sebagai pengintip di Rusia dan disalahkan sebagai penderhaka, kesalahan dengan hukuman mati.

    Ada baiknya tidak fikirkan sangat dilema yang saya hadapi ini.

    Hidupku sebagai agen pendua tidak banyak beza dari sebelumnya yang saya biasa. Michael terkejut saya minta kembali ke Kem. Saya belum bunuh ahli-ahli politik itu, tapi pengarah divisi ops hitam NSA memberikan media yang tiga lelaki sasaranku sudah mati. Kolonel gembira dengan pencapaianku dan menaikkan pangkatku ke agen tinggi. Saya diberi tugas latih orang-orang baru dan diberi banyak tugasan di Paris, Berlin dan London.

    Saya selalu hubungi pengarah ops hitam NSA. Dia berikan tugasan sekali sekala dan berikan maklumat yang saya dapat ke kerajaan U.S. Mereka berjaya berkas beberapa agen senyap berprofil tinggi Rusia di New York dan Washington. Kolonel itu sekali lagi hantar saya ke Amerika Syarikat untuk memantau suatu operasi. Saya pergi terus ke pejabat NSA dan beritahu semua yang saya belajar semasa di Kem. Dari bukti pengarah operasi rahsia NSA yang dikongsi denganku, ianya kelihatan yang kolonel terlibat dalam banyak aktiviti haram.

    Saya terkejut bila tahu kolonel itu tiada dalam mana-mana pengkalan data perisikan Soviet sebab dia telah dinyahkan dari kerajaannya sendiri dan darjah kebesaran dan pangkatnya ditarik balik, tapi itu tidak mampu hentikan seorang yang cukup cekap dari meneruskan aktiviti-aktivitinya. Dia membuat Kem itu di mana dia ambil orang-orang muda berbakat tapi tidak sedar sepertiku dan suruh mereka buat apa yang dikehendakinya. Pengarah ops hitam NSA beriku maklumat yang kolonel itu mendapat sumber pembiayaan dari penjual senjata negara Eropah timur dan aktif menumbangkan beberapa kerajaan-kerajaan demokratik di beberapa negara Amerika Selatan. Dia juga telah membuatku dan orang-orang baruku bunuh ramai pemerintah-pemerintah dan ahli-ahli politik tidak berdosa. Sementara itu, sebagai agen berpangkat tinggi di Kem, saya akhirnya tahu apa yang terjadi pada orang baru yang gagal operasi.

    Mereka memang dinyahkan. Tapi, jika kolonel yang nyahkan seseorang, mereka tidak boleh jalan keluar atau letak jawatan. Mereka dibawa ke ruang bawah tanah, di mana cip penjejak yang ditanam di bawah tengkorak mereka, diaktifkan.

    Cip penjejak itu dipasang sedikit bahan peledak gred industri, dan bila ia meletup, sedikit sahaja tinggal kepala itu. Orang baru itu mati terus. Saya rasa cara ini sangat kejam dan cuba menghentikannya. Tapi sedar statusku sebagai agen pendua membuatnya amat sukar. Melawan arahan kolonel akan dedahkanku sebagai pembelot. Saya juga akan dinyahkan.

    Kali ini, bila saya balik ke Amerika, saya merayu pada pengarah NSA untuk membuang cip pengesan dari belakang leher saya. Dia setuju untuk dapatkan jurubedah terbaik memeriksaku. Saya beritahu bahayanya cip itu dan cubaan membuangnya mungkin akan menyedarkan kolonel yang saya terjejas.

    Pengarah NSA mententeramkan ketakutanku dan letak tangannya ke bahuku.

    Jangan bimbang, anak muda, katanya seakan ayah. Saya akan pastikan semuanya diambil kira.

    Mataku berair bila dia berkata. Dalam dua puluh tahun hidupku, tiada siapa pernah bercakap dengan kehangatan dan kesayangan sebegitu. Saya tidak pernah ada ayah yang berkata baik padaku. Warden di rumah anak yatim berkata pada semua di situ dengan jeritan dan sumpah seranah yang membingitkan. Saya tidak pernah dilayan sopan. Tiada siapa pernah panggilku anak - ayahku sendiri mengejek dan memukulku

    sehingga lebam-lebam. Memori terakhirku ialah ayahku cuba membunuhku. Dia sudah tekan picu, dan jika tidak kerana ibuku menghalangnya, saya tidak akan berdiri di sini hari ini. Ibuku sayang, wanita bidadari dari Chechnya, yang saya rindu sangat setiap hari, gunakan badannya untuk mengambil peluru yang sepatutnya membunuhku.

    Sejak hari itu, kehidupanku hanya kenal ketakutan.

    Fikiran ini tunggang langgang dalam mindaku sambil saya memikirkan apa yang telah berubah terlalu dramatik pada nasibku yang saya sekarang ada seseorang yang menyayangiku. Ada yang memanggilku anak!. Saya berpaling jauh sebelum pengarah NSA itu sempat melihat air mata gembiraku membasahi mataku. Hatiku timbul rasa terimakasih sambil saya berdoa senyap dia akan jadi ayah angkatku yang saya rindukan sepanjang hayatku.

    Mungkin dia sedar saya beremosi dan letak tangannya di bahuku sebelum mengarahku pulang bersamanya ke rumah ladangnya di perkampungan Virginia.

    Di rumah inilah di Virginia saya jumpa seorang gadis yang jelita dan menawan. Si cantik berambut hitam itu mempelawa saya masuk ke rumah. Namanya Irina. Lewat hari itu, saya diberitahu dia adalah anak gadis pengarah NSA. Kami berbual berjam-jam hari itu sehingga ayahnya kata saya harus pulang. Saya tidak sabar untuk datang kembali ke rumah ladang itu. Dalam beberapa perjumpaan lagi, Irina menceritakan banyak perkara mengenai kehidupannya. Ibunya meninggalkannya semasa dia kecil, dan ayahnya membesarkannya sendirian. Dia ayah yang terbaik hati yang dia tahu, dan Irina mahu menjadi seperti ayahnya dan masuk agensi penguatkuasaan undang-undang. Jadi dia masuk CIA sebagai operatif luar.

    Selalunya pada hari kerja, Irina tinggal di rumah ladang ayahnya yang besar. Saya tiba-tiba selalu menghabiskan masa di Virginia. Selepas itu, setiap kali saya dihantar untuk misi menyelamatkan agen pendua dari konsulat Rusia atau mendapatkan dokumen sulit kerajaan yang dicuri, Irina akan sukarela ikutku. Saya rasa hidup bila bersamanya. Ianya menyegarkan bila hidup tanpa rahsia. Dia tahu asal usul saya dan juga tahu saya mahu bebas dari kehidupan di Soviet yang dipaksa menjadi pembunuh untuk kolonel yang korup.

    Hampir dua tahun merisik cara sembunyi membuahkan hasil, dan kolonel bersama Kemnya mula kucar kacir. Pegawai-pegawai dari pusat KGB di Laman Lubyanka sibuk menjejaki pegawai-pegawai kolonel dan memberi identiti baru pada orang-orang baru yang telah dilatih kolonel yang belot dan menasihati mereka untuk bekerja untuknya.

    Ianya operasi besar-besaran, yang memerlukan perhubungan menyeluruh dari agenci-agensi perisikan Amerika dan Komitet Gosudarstvennoy Bezopasnosti yang sehingga masa itu sibuk menghapuskan aktiviti-aktiviti penganas Soviet di Poland dan negara-negara berdekatan. Dengan sokongan pengarah NSA, saya berupaya menjumpai pusat operasi lelaki yang mengambil saya dari penjara. Kolonel ada kem-kem dalam banyak republik Soviet dan berkecimpung dalam pengganasan Soviet.

    Nasib baik kerajaan Soviet mahu melenyapkannya seperti kerajaan Amerika dan saya beria mahu bawa penjahat seperti itu ke pengadilan. Tapi menangkapnya tidak semudah dijangka dalam dunia risikan dan selepas itu, soalannya apa akan jadi pada beratus-ratus orang-orang baru dan pelatih-pelatih yang bekerja di bawah kolonel menjadi tumpuan. Saya cuba sebaik mungkin mereka diampun negara dan berbincang

    kemungkinan memindah mereka ke luar. Pengarah NSA walaupun berterimakasih dengan aksi saya, tidak bersetuju bawa masuk beratus-ratus perisik bertauliah ke Amerika Syarikat.

    Semasa mengenalpasti setiap sektor program kolonel, fikiranku setiasa berbalik pada kenalanku yang masih terperangkap di pusat risikan tersembunyi dan yang bekerja penuh tanggungjawab, meletakan risiko pada nyawa mereka - memikirkan bahawa mereka berjuang untuk Kesatuan Soviet. Saya mahu selamatkan mereka yang terperangkap itu yang saya pernah ada di dalamnya, tapi saya tiada cara untuk memberi amaran pada mereka. Jika saya beritahu mereka yang bekas kolonel KGB

    itu mengarah mereka secara tipu, dia akan melarikan diri ke bukit, melenyapkan peluang menghukumnya. Tapi, ianya menyakiti hatinya melihat mereka melakukan misi-misi mereka, kebanyakannya haram.

    Bila CIA dan NSA tidak mahu membantunya selamatkan kenalan Rusiaku, saya bercakap dengan penyelarasku di Komitet Gosudarstvennoy Bezopasnosti dan sebagai ganti bekerjasama, saya minta mereka yang tidak tahu itu diberi imuniti dari dihukum. Selepas sebulan berbincang, komiti itu setuju menyerap orang-orang baru Kem tapi dengan kondisi yang ketat. Kerajaan berpendapat ianya bahaya individu-individu seperti itu bebas di jalan-jalan Moscow, lebih-lebih lagi mereka itu secara rasminya sudah mati. KGB akan beri mereka identiti baru dan benarkan mereka bergaul dengan masyarakat sebagai individu baru.

    Sementara itu, saya berulang-alik dari Moscow ke Virginia untuk menerima maklumat dan arahan. Di minggu terakhir, saya kembali ke Kem untuk letakkan bom jangka di bilik senjata, jadi jika berlaku serangan, keseluruhan sistem persenjataan akan tidak berfungsi. Tapi, semasa menyiapkan peralatan itu, saya ditemui seorang baru yang menahanku dan mengacu senjatanya dan membawa saya ke penjara bawah tanah.

    Kolonel diberitahu dan secara peribadi menyoalsiasatku. Saya tidak mengaku memasang bom. Saya beritahu kolonel yang saya jumpa ia dan sedang cuba melucutnya bila orang baru itu menemuinya. Kolonel tidak percayaku. Mungkin disebabkan ramai sasaranku yang dia berikan mati mengejut, dan dalam satu kes, mereka dilihat sehari selepas mereka sepatutnya dibunuhku. Ianya pengarah NSA yang merancang semua itu.

    Setiap kali saya terima sasaran pembunuhan dari kolonel, saya kongsi maklumat itu dengan NSA. Pengarah itu pula akan arahkan seseorang yang dipilihnya sendiri untuk menipu kematian mereka supaya kolonel percaya saya telah melakukan tugasan itu dengan betul. Sekarang, saya diikat di bilik kelabu, yang kita panggil di Kem sebagai tempat dera, saya mushkil apa akan jadi padaku. Kolonel bawa masuk dua penyoalsiasat berkebolehan yang bawa beg penuh dengan jarum dan pelaya. Ada sekurang-kurangnya enam cecair berwarna. Saya tidak tahu apa cecair berwarna itu akan buat pada tubuhku, tapi saya tidak mahu tahu.

    Penyoalsiasat lebih tua menyuntik saya dengan cecair kuning terang. Saya kenalnya sebagai perangsang sakit. Ia direka untuk banduan tidak pengsan dari sakit bila mereka didera teruk. Saya tidak mahu tahu apa yang mereka akan lakukan kemudian. Penyoalsiasat kedua mengambil pelaya dan tanpa bersuara mengumpil

    jariku dan dengan pantas mencabut kuku ibu jari kananku. Saya tidak ingat menjerit sebegitu sejak kecil, tapi hari ini, saya menjerit amat kuat tekak saya menjadi kering dan sakit. Semua deria di tubuhku terbakar kesakitan dan otak saya kebas memikirkan kecamukan emosi yang saya rasa.

    Pendera-penderaku berbual sesama mereka dan bawa satu lagi beg besi penuh dengan alat deraan. Bila panikku meninggi, saya tutup mata sekuat hati untuk menahan tangisan jatuh ke pipiku. Saya tahu dalam beberapa jam, saya akan mati, dipotong beratus bahagian, mati dalam kesakitan dan malu. Fikir pasal mati masa ini membuat kulitku sejuk.

    Saya akan dilupakan. Irina tidak akan tahu apa jadi padaku. Saya buka mata dan lihat jari-jari saya yang berdarah yang ditoreh pisau bedah. Darahku menitik berterusan, membasahi lantai granit itu. Saya mahu hidup supaya dapat lihat Irina kali terakhir, dan peluk dia. Masa genting beginilah saya berusaha terus hidup memikirkan senyuman manisnya dan mukanya yang cantik. Tangisan terus mengalir di mukaku sambil menyedarkanku tentang cintaku pada Irina. Dia seperti bidadari jelita sehingga padaku tiada siapa yang lebih sempurna sepertinya. Irina adalah wanita yang tercantik, penyayang dan terbaik yang pernah saya kenali, dan keperihatinannya yang membuatku terpikat padanya. Dia tidak pernah fikirkan tentang dirinya, sentiasa mencari peluang memberi kehidupan dan kekayaannya pada orang lain.

    Kemurahannya mengagumkanku tanpa batasan.

    Saya terpegun bila dia jual pangsapurinya untuk bayar bil perubatan seorang kawannya. Kerana itulah dia tinggal denganku sebab dia tiada tempat tinggal. Irina sanggup melepaskan kekayaannya untuk membantu orang lain. Dia akan memberi jubah yang dipakainya pada gelandangan di sebelahnya. Ianya jelas jika seseorang itu kenal Irina, dia tidak akan berhenti menyayanginya. Saya tidak terkecuali. Dia puncak kejelitaan dan kesempurnaan.

    Irina adalah keluargaku; dia harapanku dan cahaya di hatiku. Saya beritahu diri sendiri berkali-kali - saya perlu bertahan pada penderaan ini supaya boleh peluk dia sekali lagi. Saya tidak boleh jadi mangsa takdir.

    Penyoalsiasat itu teruskan dengan jari kedua bila ketukan di pintu menganggu mereka. Dua pengawal Kem sasa menarik masuk seorang baru ke dalam bilik deraan itu. Dia meronta kuat, menjerit mengatakan dia tidak bersalah. Pengawal itu bercakap pendek dengan penyoalsiasat. Lelaki yang baru cabut kuku ibu jariku berjalan dekat dan buka gari di pergelanganku dan beritahuku ada kesilapan, dan kolonel minta maaf kerana mencurigaiku sebagai pembelot. Saya bangun cemas dari katil besi itu yang jadi tempat deraanku tadi dan berjalan lemah, memegang tanganku yang cedera.

    Lututku longgar dan semasa menutup pintu besi di belakangku, saya mengigil tidak terkawal dan menangis teresak-esak. Saya tercekik pada emosi tidak terkawal -

    kesakitan dan ketakutan yang saya rasa, dan kelegaan keluar dari bilik deraan itu terlalu berat untuk ditanggung, tapi saya berusaha mententeramkan diri bila seorang pekerja sekuriti berjalan sebelahku di koridor itu.

    Saya diberitahu pusat siber Kem menerima pesanan mengatakan orang baru yang menangkapku adalah pembelot sebenar dan sedang memasang bom-bom di fasiliti itu. Ada jaringan kertas menunjukkan dia yang membeli peralatan itu. Saya terkejut.

    Yang sebenarnya, saya yang agen pendua, berusaha memusnahkan Kem itu habis-habisan. Saya pun tidak faham kenapa mereka percaya orang muda baru itu adalah pengintip. Sebelum saya boleh bantah atau mengaku salah, saya dibawa ke pejabat kolonel. Di akhir koridor, semasa pintu ditutup, saya terdengar jeritan menakutkan dari orang baru itu. Dia sekarang didera sebagaimanaku tadi. Melawan dari mula menangis semula, saya mengenggam saputangan di keliling jari-jariku dan berjanji untuk menghancurkan Kem itu untuk selama-lamanya.

    Saya dijemput penuh hormat oleh kolonel yang meminta maaf berkali-kali kerana mengesyaki saya pembelot. Saya diberi kenaikan pangkat lagi dan dihantar ke Amerika Syarikat.

    Kali ini, pengarah NSA sendiri yang menjemputku. Saya gembira pulang ke rumah, atau itu yang saya anggap rumahnya untukku. Anaknya Irina sahaja orang yang dia mahu hidup bersama. Saya rasa bahagia.

    Kolonel beriku satu misi di Alūksne, satu bandar di utara timur Latvia berdekatan sempadan Estonia dan Rusia. Satu kilang bahan kimia bergred industri terletak di kawasan bergunung itu. Kolonel percaya ada beberapa organisasi jahat teratur yang cuba buat senjata kimia dan gunanya untuk melawan pentadbirannya. Saya diarah dapatkan sampel dari makmal utama dan musnahkan fasiliti itu. Seperti dipersetujui, saya beritahu pengurusku di KGB Devyatka lokasi serangan. Kerana Pengarahan Ke Sembilan memberi sekuriti untuk Kremlin dan banyak fasiliti lain sekitar Perikatan Soviet, mereka berjanji hantar agen Soviet ke makmal itu untuk mengetahui rancangan kolonel dan rampas kimia itu dari penjahat.

    Pada hari operasi, saya mengikut seorang agen pangkat tinggi dari Kem. Objektif kami adalah ambil sampel dari makmal kimia dan musnahkan fasiliti itu. Kawanku itu mahu pasang bom jangka di dalam bangunan sementara saya di dalam dan tinggalkan satu kotak untuk beberapa KGB operatif yang akan sampai. Saya guna picagari dan ambil cecair dari botol-botol kecil dan simpan sampel sebelum menutup penjana kuasa. Kawanku telah sambungkan dengan terperinci bom ke wayar letrik yang direka untuk diletupkan dari jauh. Saya cepat-cepat tanggalkan wayar pemancar dan musnahkan bateri supaya bila kawanku cuba letupkan bom itu, ia akan gagal.

    Saya bergegas kembali ke tempat perjumpaan dan lihat kawanku sudah ada di situ. Dia merungut kenapa saya ambil terlalu banyak masa tadi. Saya beri alasan samar-samar, tapi dia tidak mahu dengar. Dia keluarkan satu alat kecil dari poketnya dan tekan butang merah. Tiada apa berlaku.

    Dia terkejut dan memandangku keliru. Peledak tidak jalan!.

    Mungkin ia tidak dipasang betul, saya sarankan, cuba lihat terkejut.

    Kawanku mengeleng kepala kuat. Saya pasti ia dibuat betul, ujarnya.

    Jika begitu saya akan pergi balik dan betulkan, saya tawarkan diri, tapi dia pegang lenganku dan tarikku ke tanah.

    Tidak perlu. Saya ada peledak kedua jika yang pertama gagal.

    Apa!, saya tidak percaya telingaku.

    Saya pasang satu lagi bom di dalam, jelasnya, dan ia patut boleh buat sebaiknya juga untuk hancurkan seluruh struktur itu.

    Hatiku kecut kesakitan dan mahu jerit dan halang dia dari tekan butang itu, tapi saya tidak boleh buat itu tanpa merosakkan samaranku. Saya buka mulut tapi tiada suara keluar. Kawanku tekan butang besar itu dan neraka kelihatan di hadapanku.

    Kilang kimia itu meletup di hadapan mataku. Dan agen KGB di dalam, akan hancur bersamanya.

    Saya mahu masuk balik kilang itu dan selamatkan lima operatif KGB yang terperangkap di dalamnya tapi kawanku paksaku tinggalkan tempat itu. Tiada cara untukku selamatkan mereka tanpa dicurigai pasukanku.

    Saya berlawan dengan takdir.

    Api yang besar itu membuatkan tanah bergegar sementara asap tebal mengaburkan pandangan kami, membuatkan pergerakan berisiko. Saya memandang ke belakang dan nampak orang-orang cuba memadamkan api oren itu. Tiada yang bernyawa boleh hidup dalam letupan itu. Saya dan kawanku guna kertas identiti palsu untuk menyeberang zon sempadan melalui zastavy dan pulang ke Kem. Kolonel gembira dengan kejayaan kami dan ambil sampel yang kami dapatkan.

    Dua minggu selepas misi itu, saya melapor diri ke pengurus KGB saya bila saya diberitahu tahap kemusnahan yang berlaku di kilang kimia di Alūksne. Semua kelima-lima pegawai KGB mati serta merta dalam letupan itu. Mayat mereka dibawa pulang ke Moscow untuk dikebumi. Terkedu, saya angkat kepala, menahan sebak dan tangisan, cuba kuatkan diri. Upacara pengkebumian adalah dua hari lagi. Saya bercadang pergi ke upacara itu dan bersedih secara peribadi pada semua yang berani itu yang mempertaruh nyawa mereka untuk tanahair.

    Saya mengikuti perarakan pengkebumian, menunduk di belakang wanita-wanita yang mendukung anak-anak, menangis semahunya. Ibu-ibu dan isteri-isteri operatif KGB yang mati itu ada di situ. Saya berdiri senyap, melihat pembunuhan yang saya gagal hentikan. Bendera dibawa oleh pegawai-pegawai berunifom sementara komposer tentera Rusia mula menyanyi. Nadanya menusuk ke dalam dan menyakitkan.

    Saya menunduk kepala untuk menyembunyi tangisan yang mahu membasahi mataku. Satu sentuhan lembut di bahuku membuatku menoleh. Seorang gadis kecil mahu beriku patung haiwan mainannya. Saya memandang muka kecil itu dan kenal dia. Dia anak seorang operatif KGB yang mati dalam letupan itu. Dia penghubung Pengarah Barisan Sempadan KGB dan telah sukarela ambil tugasan itu. Sekarang dia tiada, dibakar api yang ganas yang menghancurkan kilang kimia itu. Saya mengeleng kepala untuk melupakan tragedi kebakaran kilang itu.

    "Ne grusti bol'she, pozhaluysta," kata gadis itu, mengunjurkan mainan di tangan yang diangkat seakan meminta saya tidak menangis. Cuba mengatasi emosi, saya

    bergegas keluar dari situ, berjalan cepat, cuba menjauhi pengkebumian itu sejauh mungkin. Sampai di jalan utama, saya tersungkur ke tanah dan menangis semahunya.

    Sungguh sukar jadi pengintip dan manusia pada masa yang sama.

    Saya sedar saya cuma seorang budak ketakutan yang berselindung di balik topeng pengintip. Saya mengigil malu dan kecewa. Gadis kecil itu tidak tahu pun ayahnya mati kerana kesalahan saya. Saya patut cari jika ada bom kedua. Saya boleh mematikan bom itu juga. Lima operatif KGB yang bekerja kuat mati disebabkanku. Lima keluarga bahagia musnah, balu mereka tidak keruan, anak-anak mereka yatim. Saya terlalu sedih sehingga mahu berhenti jadi kehidupan pendua penuh penipuan dan menarik diri dari dunia risikan sepenuhnya. Tapi Richard tidak mahu dengar. Dia berkeras mengatakan sayalah harapan untuk menjatuhkan kolonel itu. Saya agen pangkat tinggi di Sektor itu dan tahu segala rahsia Kem. Jika saya tidak bantu CIA dan KGB

    menghapuskan Kem itu selama-lamanya, beratus agen baik akan mati. Saya mesti teruskan tanggungjawabku.

    Ianya mengambil masa enam bulan selepas itu untuk menjahanamkan Kem itu sepenuhnya. Saya berjaya mengambil dan mengubah salah satu dari pengodam kolonel dan bawa dia bersama saya. Kami mendapat tahu Kem itu ada sel satelit di tiga puluh bandaraya seluruh dunia dan satu demi satu, kami menghancurnya, memotong tangan-tangan raksaksa itu, satu pada satu masa, sehingga akhirnya, pusatnya di Rusia diserang pasukan US dan Rusia yang ada di Moscow. Tapi, seorang yang kita tidak berjaya tangkap ialah kolonel, ketua semua sel-sel pembunuh upahan.

    Semasa kekacauan serangan, dia berjaya melarikan diri.

    Saya tidak kisah. Pengarah NSA menunaikan janjinya dan saya akhirnya bebas.

    Kegembiraanku tidak terbatas mengetahui organisasi jahat yang menculikku dari penjara sudah tiada. Bendera Soviet diturunkan di Kremlin untuk kali terakhir.

    Beberapa bulan kemudian, KGB dengan rasminya tidak lagi wujud dan diganti Servis Risikbalas Negara.

    Pengarah baru FSK, atau Federalnaya Sluzhba Kontrrazvedki sangat berbesar hati dengan kebolehanku dan menawarkan kerja untuk kerajaan Rusia, tapi saya mahu tinggalkan kerjaya pendua dan mula suatu yang baru. Kembali ke Amerika Syarikat, saya terima kertas identiti baru dan boleh ke mana sahaja di dunia. Saya rasa ini masanya mengajak Irina keluar rumah ayahnya dan tinggal denganku di pangsapuriku.

    Irina sangat suka dan mahu tinggal denganku. Dia minta, sebaiknya, dapatkan kebenaran ayahnya. Dia rapat dengannya dan akan rindu sangat jika dia tinggalkannya. Saya tahu mereka sangat rapat. Ini membuatku lebih gembira. Saya mahu dia dalam satu keluarga, lelaki yang memberi satu lagi peluang hidup padaku semasa saya agen sembunyi dari Perikatan Soviet.

    Kami tunggu pengarah NSA pulang ke rumah ladangnya dan bincang masa depan anaknya. Semasa makan malam, Irina dan saya beritahu ayahnya yang mereka berhasrat tinggal di pangsapuri di Bandaraya New York. Kata-kataku seakan memberi reaksi pelik padanya. Dia kelihatan terkejut. Selepas seketika, dia tanya Irina berapa lama mereka sudah bersama. Selama ini, dia tidak sangka saya rapat dengan anaknya. Pengarah NSA itu memang nampak terkejut, tapi dari nada suaranya

    padaku, ia berbunyi seperti dia amat tidak menyukainya. Saya tidak pasti apa yang membuatnya begitu marah, tapi saya jangka ianya sebab dia khuatir anaknya berpacar atau kahwin dengan lelaki yang terjebak dalam risikan merbahaya.

    Ayah Irina bertanya tentang rancanganku untuk masa hadapan dan kerjayaku, dan akhirnya kata jika saya buat beberapa misi untuknya dan bantunya dalam beberapa kerja dan kes-kes CIA, baru dia boleh pastikan anaknya selamat denganku. Kerjayaku dalam agensi perisikan akan tamat secara rasmi dan Irina dan saya boleh mula hidup baru.

    Minggu selepas itu, saya terima perincian penuh tugasanku. Satu kilang kimia di Rusia digunakan sebagai pusat pengkayaan uranium haram dan kumpulan penganas Balkan yang telah merampas senjata dari tentera laut U.S. mengunakan kilang itu untuk menyimpan senjata itu. Misi saya ialah merampas kembali barangan yang dicuri dan bawanya terus ke pengarah NSA. Operasi ini tidak dikongsi dengan CIA.

    Disebabkan hubungan yang sensitif antara kerajaan Amerika dan Rusia, kerajaan US

    tidak mahu melibatkan operatif Amerika untuk misi ini.

    Saya sedikit bimbang tentang tugasan ini, sebab saya runsing pergi kembali ke Rusia; tempat saya berusaha untuk tinggalkan. Saya khuatir masa lampau saya boleh mencari saya semula. Kem itu mungkin hancur tapi kolonel masih bebas dan sekarang, dia mesti tahu saya agen pendua yang telah menghancurkan apa yang dibinanya sepanjang hayat. Tapi Irina akan jadi tunangku dan saya tidak mahu mengecewakan ayahnya. Mungkin, jika dia nampak bagaimana setianya saya padanya sebagai mertua, dia akan suka melihat anaknya denganku. Dengan berharap yang terbaik untuk masa depanku, saya bersedia melakukan tugasan ini untuknya.

    Saya memasang koordinat kilang kimia dan dapat mencari tempat itu dalam beberapa jam selepas mendarat di Rusia. Mengunakan pengetahuan yang saya belajar di Kem sebagai komando gempur, saya meneliti kawasan itu dan masuk kilang itu. Ianya hampir kosong. Tiada sesiapa di dalamnya. Saya menyiasat setiap penjuru, berharap dapat jumpa barangan curi itu dan kembalikannya ke ayah Irina. Itu akan menjadikanku baik padanya. Saya mencari lagi bahan pengkayaan uranium tapi tidak berjaya. Fikirku mungkin pengarah NSA terberi koordinat salah. Atau maklumat yang diterimanya tidak betul.

    Sedar saya berada terlalu lama di kawasan sekatan tentera Rusia itu dan lokasi ini tidak berguna, saya bergegas keluar ikut rancangan yang telah diaturkan. Saya keluar ikut belakang kilang dan menuju ke kereta yang disediakan tapi kereta itu yang saya parkir sebelum ini di belakang bangunan itu sudah tiada. Saya keliru tapi tidak mahu tinggal lama lagi di ruang sekatan yang berisiko untuk ditangkap, saya berjalan pergi.

    Ianya malam yang sejuk dan saya hampir sampai ke jalanraya sebelum lampu kuat menyilau kereta polis memerangkapku. Apa terjadi selepas itu kabur. Saya dimasukkan dalam van polis dan dibawa ke stesyen hambar di mana cap jariku diambil. Dalam beberapa jam, lelaki berpakaian awam sampai dan suntikku dengan cecair jernih. Saya pengsan. Bila terjaga, saya di dalam bilik batu, seakan gua purba.

    Saya fikir saya di dalam satu dari penjara rahsia di bawah Pergunungan Ural.

    Saya tiada masa risaukan lokasi itu. Bila pengawal nampak saya sudah sedar, dia panggil bosnya; seorang gempal memakai unifom doktor. Saya tanya jika dia doktor

    penjara, yang mentertawakannya dan kata dia dikenali sebagai doktor tulang. Hari itu, saya rasa sesi pertama dengan orang yang menakutkan itu. Ianya soalsiasat paling kejam yang pernah saya lalui. Soalan yang ditanyanya sama sahaja. Saya bekerja untuk siapa dan apa yang saya buat di kilang kimia itu?. Semasa saya orang baru di Kem, saya dilatih menahan dera dan beri maklumat salah pada penyoalsiasat. Tapi, sesi-sesi dengan doktor tulang itu menjadi terlampau kejam. Kesakitan yang saya lalui tidak tertahan tapi kemarahan dan adrenalin menetap kewarasanku. Tapi tidak lama.

    Mindaku cair dan saya menangis teresak-esak setiap kali pintu besi itu dibuka, memberitahu badanku yang luluh pendera itu datang lagi.

    Pada hari ketiga, dia telah membedah mengikis dan menoreh beberapa sentimeter tulang dari tangan dan kakiku. Ini dilakukan dengan pahat dan pisau tanpa bius.

    Tangisanku yang selalu membuat jejak di muka pucatku tapi itu tidak menahan dari sakit dan pencacatan itu. Penyoalsiasat itu terus bereksperimen dengan tulang badanku sehingga saya jadi sangat rapuh. Doktor tulang itu beritahu paling lama banduan yang pernah laluinya ialah sepuluh hari. Saya mencakar otak untuk ingat berapa hari saya di gua itu. Ianya hari ke enam. Dan saya jadi amat takut. Berjam-jam, mata berpinarku menatap pintu besi itu yang menjarakkanku dari pendera itu, mahu ia dibuka dan bebaskanku.

    Tiada pertolongan luar untukku.

    Tiada siapa tahu saya di sini.

    Saya juga tidak beritahu Irina perjalanan ini. Dia mesti mushkil kenapa saya tidak pulang. Bosku, pengarah NSA sahaja orang dalam dunia yang tahu saya di Rusia, tapi dia pun tidak tahu ke mana saya dibawa atau siapa yang menculikku. Saya cuma berharap ada peluang tipis untuk bebas. Saya bermimpi boleh lolos melalui rekahan di dinding atau antara jerigi penjara. Saya menunggu untuk tiada siapa. Bantuan tidak datang.

    Sesi ketujuh dengan doktor tulang bermula awal hari itu. Saya ditarik dari penjara; masa ini, saya terlalu lemah yang saya tidak berdaya berjalan tanpa sokongan. Saya kepenatan dan kebuluran. Pengawal terpaksa angkat badanku yang lembik ke ruang dera dan gantungku di tangan pada tiang besi. Doktor tulang belum datang lagi.

    Beberapa minit kemudian, jerigi besi itu bergegar. Pendera sudah sampai. Pengawal berpusing dan membuka jerigi besi itu dan biarkan pendera itu masuk. Saya rasa siling mula bergetar. Kemudian lantai di kakiku bergegar. Saya kenal bunyi itu. Ianya bom buatan rumah.

    Seseorang meletupkan bom di atas. Siling mula pecah di atas kepalaku dan meleraikan rantai di tanganku.

    Tanganku bebas!.

    Saya mengimbangi diri dan bergerak ke pintu keluar bilik itu. Pengawal sudah lari, takut siling batu itu runtuh. Saya berlari buta dalam terowong penuh batu yang pecah dan lihat sebahagian atap gua sudah jatuh. Runtuhan batu masih turun lebat. Saya dengar kipas helikopter. Ianya penyelamatku!. Atap itu terlalu tinggi jadi saya tunggu helikopter itu jatuhkan tali. Kebebasanku hampir. Bila tali itu turun, saya pegangnya

    sekuat mungkin. Beberapa tangan bersarung tangan menarikku ke dalam helikopter itu dan memasang keledar pada kerusiku. Saya rasa seseorang memeriksa kesihatanku dan memasang tiub titikan ke lenganku. Separuh pening kerana penat, saya terdampar hampir tertidur. Dari belakang helikopter, saya dengar bisikan.

    "Russland ist ein gefährliches Land. " Pengetahuanku pada Deútsche memberitahuku penyelamatku mungkin Jerman.

    Saya diselamatkan.

    Bila saya tiba di Amerika Syarikat, saya mengetahui apa yang berlaku. Kawan pengodamku, Dustin, yang meninggalkan Kem bersama saya setelah tahu kegiatan haram kolonel telah bimbang bila saya hilang. Dustin mengodam satelit global dan jejaki saya ke lokasi terpencil ini di Rusia. Dia mengambil masa seminggu untuk memanggil sepasukan bekas tentera spesial Jerman untuk selamatkanku. Mereka telah mendapat lokasi tepatku dan melakukan pecah masuk penjaraku dengan cepat.

    Tapi, saya lebih risau tentang kebocoran maklumat. Bagaimana penculikku dapat tahu di manaku?. Siapa beritahu mereka saya buat operasi sembunyi di tempat terpencil di Rusia di kilang kimia itu?. Soalan ini tidak diketahui Dustin pun.

    Saya lupakan fikiran ini dan pergi berjumpa Irina. Dia betul-betul terkejut melihatku.

    Dia sangka saya sudah tinggalkannya selama-lamanya. Saya terkejut mendengar itu dan berjanji akan habiskan sepanjang masaku dengannya. Irina berkata dia risau kehilanganku sepanjang minggu, ayahnya berkata mungkin saya tinggalkannya kerana takutkan tanggungjawab berpacaran sepenuh masa.

    Saya kecewa mendengar itu. Saya tidak tahu pun pengarah NSA itu tidak mahu saya sebagai pacar untuk anaknya. Tapi, jika dia tahu betapa cintanya saya pada Irina, bagaimana terdesaknya saya mahukan anaknya bahagia dan berada di sisinya sentiasa, mungkin dia boleh berlembut hati padaku. Saya akhirnya jumpa dia semasa melaporkan kerja. Dia seakan terkejut mendengar apa yang berlaku. Dia juga terperanjat bagaimana agensi risikan terpesong Rusia tahu kedatanganku dan berjanji buat risikan dalaman mengenainya. Saya puas hati dan memujuk Irina tinggal bersamaku. Kesakitan dari pemenjaraanku di penjara rahsia di Soviet masih menghantuiku tapi saya syukur dapat bersama wanita yang saya cintai.

    Beberapa bulan kemudian, pengarah NSA berhubung lagi denganku. Dia minta maaf banyak-banyak sebelum meminta satu lagi permintaan. Saya perlu lakukan satu misi terakhir; kali ini di China. Saya perlu menyelinap masuk syarikat sekuriti di tengah China dan ambil tahu apa yang diketahui mereka tentang sistem pelancaran peluru berpandu Amerika. Dia janji ianya misi bersih. Saya akan masuk dan keluar dalam lima hari. Disebabkan kecelakaan sebelum ini di Rusia, dia beriku pembantu seorang pegawai CIA untuk ikut bersamaku. Jika ada sesuatu kecelakaan berlaku, saya akan ada rancangan timbalbalik.

    Saya berat hati setuju. Ianya berisiko tapi saya akan lakukannya untuk Irina. Kali ini, saya beritahunya ke mana dan kenapa saya akan pergi ke China. Saya juga beritahunya jika saya tidak kembali dalam seminggu, untuk beritahu kerajaan persekutuan atau konsulat Amerika di Rusia. Ianya pemergian penuh tangisan.

    Saya terbang ke Beijing dengan pembantu baruku, Jack. Dia berpegalaman sembilan belas tahun di tentera udara Amerika Syarikat dan ditugaskan terbang kami ke negara itu. Jack terbang lincah melalui kawalan udara China dan mengaturkan supaya saya lompat dengan payung terjun keluar dari kapalterbang di kawasan yang ditetapkan sementara dia mendarat di tempat selamat. Dia kata dia akan cari lokasiku dan bertemu dalam beberapa jam. Saya pakai beg payung terjun dan lompat keluar kapalterbang kecil itu. Malam itu sejuk dan saya rasa awan menyelubungiku, menyesakkan nafasku. Saya tarik topeng oksigen dan menarik nafas tapi tiada udara keluar. Terkejut, saya sedar topeng itu rosak.

    Tangki oksigen kosong!. Saya pasti ianya dipenuhkan saya sebelum naik kapalterbang. Mesti ada lubang di tangki yang mengeluarkan udara itu. Saya tercungap-cungap dan biarkan diri jatuh selama mungkin supaya dapat mendarat ke tanah cepat. Kurang dari sebatu untuk impak ke tanah, saya tarik tali payung terjun, melambatkan kelajuan. Tanah berumput tempat mendarat basah dari hujan semalam.

    Saya kumpul perkakasan dan berjalan ke tempat sasaran. Kompleks sekuriti yang akanku menyelinap masuk adalah bangunan bawah tanah, ada sebelas tingkat terbenam di dalam tanah. Cuma satu tingkat di atas tanah. Struktur kuboid itu tiada tingkap. Dindingnya dicat hitam. Ianya gelap tapi berkilat walaupun malam itu tiada bulan.

    Saya merapatinya. Tiada kawalan sekuriti yang dikesan. Perlu saya tunggu Jack atau tidak?. Soalan itu bermain beberapa kali di kepalaku sehingga saya memutuskan untuk teruskan. Ianya lebih senang menyelinap semasa waktu malam. Jack mungkin tidak tahu pun lokasi tepatku. Dia mungkin ditawan. Saya pasang jangkamasa untuk tiga puluh minit dan tunggu. Jika dia tiada dalam tempoh itu, saya akan jangka yang terburuk dan masuk ke dalam fasiliti sekuriti China itu.

    Pintu pagar tidak berkunci. Saya bergegas senyap merentas laman dan berhenti di pintu struktur itu. Untuk memastikan tiada musuh merbahaya di dalam, saya campak bom tangan gas ke dalam pintu dan meluru ke dalam. Lobi itu kosong. Saya pergi ke lif dan tekan butang ke bawah. Dua pintu kaca terbuka, menunjukkan ruang bulat. Lif itu canggih. Saya masuk lif dan tekan butang tingkat paling bawah yang ada. Pintu kaca itu mengelongsor senyap dan motor berpusing di atas. Saya tiba-tiba rasa pening. Mataku tertutup dan saya tersungur ke lantai.

    Saya terjaga mendapati diriku diikat ke kerusi besi. Setiap pakaianku tiada. Saya sejuk. Saya takut pada apa yang akan berlaku. Tiada yang baik akan berlaku di sini.

    Beberapa lelaki cina mengelilingiku. Mereka merenungku dengan mata dan riak kosong. Saya minta dilepaskan. Satu dari yang tua mendekatiku dan tanya dari agensi mana saya bekerja. Saya kata tidak tahu dan saya hanya pelawat. Dia tidak percaya pun dan panggil dua lelaki untuk memegangku dan keluarkan pelaya dari laci. Dia pegang mukaku dan membuka mulutku. Saya cuba menjerit dan meronta tapi tidak berjaya. Dengan pergerakan cepat, lelaki tua berkacamata itu mencengkam gigi gerahamku dan cabutnya pantas dari rahangku.

    Saya kadang-kadang fikir saya tahu bagaimana rasa sakit, tapi saya tidak boleh bayangkan bagaimana menyakitkan bila gigi dicabut tanpa bius. Deria di badanku berteriak kesakitan dan boleh rasa hujung jari kaki terbakar seakan sensasi menyucuk.

    Dia bentak mahu jawapan pada soalannya tadi dan beriku sedikit morfin untuk

    mengurangkan kesakitanku. Bila ia mula hilang, saya ditanya sekali lagi dan disogok dengan morfin dos lebih tinggi jika menjawab betul. Ini dilakukan sehari suntuk, di mana saya kehilangan empat gigi geraham. Saya pengsan beberapa kali dan tidak mampu bercakap jelas. Mereka tinggalkanku selepas itu.

    Bila saya terjaga, saya keseorangan. Dalam bilik malap itu, mataku meneliti sekelilingku. Sesuatu berkilau dekat kerusiku. Lelaki yang guna pelaya untuk cabut gigiku tertinggal alat itu di lantai. Ia mengambil seluruh tenagaku untuk menjatuhkan kerusiku ke tepi. Kemudian saya berupaya memegang alat itu dengan tangan terikat dan gunanya untuk putuskan tali-tali yang mengikatku. Ia mengambil masa lima minit untuk bebas. Saya tahu bangunan itu dibina seperti kubu dan lari melalui pintu hadapan adalah tindakan bodoh jadi saya tunggu pendera-penderaku kembali.

    Berlakun terikat dan pengsan, saya tunggu sehingga pendera utama datang rapat. Bila dia cuba merasa denyutanku, tangan saya merentas pinggangnya dan capai senjatanya. Ia penuh berpeluru. Saya kosongkannya pada tiga pengawal yang berdiri di belakangnya sebelum memukul kepalanya dengan pemegang pistol itu.

    Dia pengsan.

    Saya ambil unifom satu lelaki dan memakainya sebelum keluar bilik itu. Ada ramai pekerja berlegar-legar di koridor tapi tiada yang curiga padaku. Saya berjaya keluar kawasan sekuriti dan sampai tempat pertemuan. Badanku cedera teruk dan saya hampir tidak mampu berdiri.

    Tempat pertemuan itu terlalu senyap. Kabus tebal menyelubunginya seperti hantu sementara angin basah membelai lalang sekelilingnya. Tiada bantuan yang boleh dilihat. Saya hilang tenaga untuk berdiri dan tersungkur ke

    Enjoying the preview?
    Page 1 of 1